Perjalanan Pulang Menunaikan Fardhu Haji yang pertama bersama Ibu pada tahun 1999
Perjalanan yang penuh cabaran tetapi penuh dengan keberkatan menunaikan Fardhu Haji yang kedua bersama Isteri Tahun 2011
Di Hotel Tabung Haji Kelana Jaya
Semasa berehat di Maktab haji Kelana Jaya
Di lapangan Terbang Jeddah Arab Saudi
Berihram Haji Tamattu' menunggu Bas untuk bertolak ke
Mekah Al- Mukarramah
DI PADANG ARAFAH
TEROWONG MUASSIM
MELONTAR JAMRAH DI MINA
15 perkara keajaiban Kaabah yang perlu di ketahui :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti
paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah
berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh
telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan
langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada
segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang
berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang
tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron
menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan
kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh
meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat
membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang
tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan
gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang
banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang
terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat
persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti,
zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara
automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan
menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan
jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang
ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya
begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam
tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut
lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya
akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik
kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad
atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita
mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup
kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima
gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas
melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala
yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang
baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur
atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam
ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor
kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima
oleh tubuh.
No comments:
Post a Comment